Monday, December 8, 2014

Belgium mahu UNESCO iktiraf jejari kentang


SEORANG wanita memakan hidangan jejari kentang Belgium atau fritkot di Brussels pada 4 Disember lalu.


BRUSSELS – Rakyat Belgium kerap bercanggah pendapat mengenai pelbagai isu tetapi mereka sebulat suara menyokong satu usaha agar hidangan jejari kentang Belgium diiktiraf sebagai warisan budaya dunia, sekali gus setaraf dengan opera Peking dan tarian tango Argentina.
Rakyat Belgium percaya hidangan jejari kentang berasal dari negara mereka manakala perkara sama dinyatakan oleh penduduk Perancis.
Jejari kentang Belgium secara tradisi dijual dalam kon kertas berbentuk segi tiga yang dinamakan fritkot. Makanan itu banyak terdapat di gerai-gerai di negara itu.
Terdapat sekitar 5,000 gerai fritkot di negara berkenaan, sekali gus bilangan itu lebih banyak per kapita berbanding restoran makanan segera McDonald’s di Amerika Syarikat.
Usaha itu perlu mendapat sokongan seorang menteri kebudayaan sebelum dinilai bagi mendapatkan pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Belgium mempunyai tiga orang menteri kebudayaan.
Persatuan pemilik fritkot kebangsaan (UNAFRI) yang memulakan usaha tersebut memberitahu, jejari kentang fritkot memiliki ciri-ciri unik Belgium.
“Jejari kentang yang dijual dalam kon kertas (fritkot) adalah seperti Belgium kecil,” kata jurucakap UNAFRI, Bernard Lefevre.
Pada masa ini, UNESCO mempunyai sejumlah 314 barangan yang disenaraikan sebagai wajar untuk dipulihara termasuk kopi Turki dan nyanyian polifonik. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1208&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3LFrl8orR 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment