Monday, December 8, 2014

KDN mahu batal pasport Alvin


Pasangan Alvin dan Vivian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan tahun lalu sebelum Alvin berjaya melarikan diri ke AS pada September lalu.


KUALA LUMPUR – Selepas lebih tiga bulan blogger seks kontroversi, Alvin Tan berjaya meloloskan diri ke Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), Kementerian Ke­selamatan Dalam Negeri (KDN) semalam akhirnya mengeluarkan kenyataan tegas apabila mahu membatalkan pasportnya bagi membolehkan dia dibawa pulang ke Malaysia untuk dibi­carakan.
Dengan tindakan membatalkan pasport Alvin, blogger tersebut akan menjadi pendatang tanpa izin di lokasi persembunyian di luar negara, sekali gus pihak berkuasa negara berkenaan boleh menangkap dan mengekstradisi dia pulang ke negara asalnya.
Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu perlu dilakukan selepas lelaki itu lari daripada undang-undang negara ini susulan perbuatannya yang mencetuskan pelbagai kenyataan kontroversi membabitkan isu Islam dan perkauman.
“Di bawah Akta Imigresen, kita mempu­nyai kuasa untuk melakukan pembatalan ke atas mana-mana pasport kerana hak pemilikan pasport adalah milik negara, bukannya individu.
“Kita akan melakukannya tindakan itu secepat mungkin...mungkin Isnin ini (hari ini) mengikut peruntukan di bawah Akta Imigresen sekali gus dia hilang kelayakan untuk berada di mana-mana lokasi di luar negara,” katanya.
Proses ekstradisi adalah pengembalian penjenayah ke negara tempat jenayah dilakukan atas permintaan negara itu supaya suspek dapat dibicarakan di negara ber­kenaan.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Pasukan Petugas Khas bagi Membanteras Kegiatan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (STAGG) di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1208&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3LFuh5G5O 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment