Doktor memeriksa mata pesakit yang buta selepas menjalani pembedahan katarak percuma di India. - Foto oleh AFP
Doktor memeriksa mata pesakit yang buta selepas menjalani pembedahan katarak percuma di India. - Foto oleh AFP
NEW DELHI - INDIA. Sekurang-kurangnya enam daripada 20 pesakit yang hilang penglihatan selepas menjalani pembedahan katarak percuma di utara India mungkin dapat melihat semula.

Pegawai kanan Kerajaan Punjab, Ravi Bhagat berkata, pihak berkuasa berpendapat kurang kebersihan adalah punca utama kejadian kerana pembedahan katarak biasanya dianggap berisiko rendah.

"Pasukan khas doktor dari Punjab telah dihantar ke New Delhi, dan sekurang-kurangnya enam mangsa boleh mendapatkan kembali penglihatan mereka selepas rawatan pakar,"katanya.

Difahamkan menurut laporan AFP, pihak berkuasa telah mengesahkan sebanyak 20 kes buta selepas sebuah badan bukan kerajaan (NGO) menguruskan pembedahan ke atas 157 orang di Amritsar, November lalu.

Susulan kejadian itu, polis kini sedang berusaha mengenal pasti setiap pesakit yang terlibat dalam pembedahan terbabit untuk menentukan jumlah sebenar mangsa dengan tepat.