Oleh Gaddafi Musli
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19612#sthash.gAuRxdhu.dpuf
JAKARTA (Indonesia) : "Ini adalah mimpi paling ngeri saya." Itu tweet Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes mengenai kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 di Indonesia hari ini.
Katanya apa yang penting ketika ini adalah menjaga kebajikan waris penumpang dan anak kapal yang terbabit.
"Kami akan melakukan segala yang terdaya dan memberi maklumat terkini sebaik memperolehinya," tulisnya.
Beliau yang tiba di Surabaya malam ini terharu dengan sokongan diterima di media sosial dan meminta semua kakitangan AirAsia supaya bertabah dan terus beri perkhidmatan terbaik buat pelanggan.
“Saya sebagai CEO kumpulan anda akan terus bersama dalam masa-masa sukar ini. Kami akan melalui pengalaman pahit ini bersama dan saya akan cuba untuk bertemu seberapa banyak daripada anda,” tulisnya lagi.
Beliau turut berterima kasih dengan pihak kerajaan Indonesia, Singapura dan Malaysia dan meletakkan harapan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Pesawat membawa 162 penumpang dan anak kapal itu terputus hubungan dengan menara kawalan Jakarta pada 7.24 pagi tadi waktu tempatan.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Disember 2014 @ 10:16 PM
No comments:
Post a Comment