Monday, December 29, 2014

Pengebom remaja paling tadah


Baghdad: Seorang remaja berusia 14 tahun yang memakai anak baju diikat bahan letupan menyerah diri kepada pihak berkuasa Iraq selepas berpaling tadah dari kumpulan Negara Islam (IS).


Akhbar New York Times melaporkan remaja berkenaan, Usaid Barho pergi ke sebuah masjid Syiah di Baiya, Baghdad untuk melancarkan serangan berani mati.
“Saya membuka jaket dipakai dan berkata ‘saya ada bom pada badan saya. Tetapi saya tidak mahu meletupkannya,” katanya.
Keadaan menjadi kelam-kabut apabila polis segera mengarahkan orang ramai keluar manakala seorang pegawai keselamatan berpakaian preman membantunya menanggalkan bom berkenaan.
Usaid berkata, dia direkrut IS di sebuah masjid di kampungnya di Manbij berhampiran Aleppo yang ditawan kumpulan militan itu.
“Mereka pandai memujuk kami untuk menyertai perjuangan mereka. Mereka meyakinkan saya bahawa pengikut Syiah kafir dan perlu dibunuh,” katanya.
Menurutnya, dia diberitahu orang Syiah akan merogol ibunya jika dia tidak berjuang. Dia kemudian dibawa ke Iraq untuk latihan namun selepas itu persepsinya terhadap IS berubah.
“Saya melihat banyak tindakan mereka bertentangan dengan Islam,” katanya.
Antaranya hukuman keras bagi mereka yang ditangkap merokok, selain pembunuhan orang tidak berdosa.
Katanya, pada akhir latihannya, dia dihantar ke Iraq dan diberi pilihan menjadi pejuang atau pengebom berani mati.
“Saya memilih menjadi pengebom berani mati kerana ia akan memudahkan saya melepaskan diri,” katanya.
Usaid berkata, sebelum peperangan melanda kampungnya di Syria, dia gemar bermain bola sepak selain meminati Jackie Chan. Dia turut bercita-cita menjadi doktor.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Disember 2014 @ 5:13 AM




SEORANG polis Iraq membantu menanggalkan bahan letupan (kiri) daripada badan Usaid.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19794#sthash.EDKXeKV3.dpuf

No comments:

Post a Comment