Laman web UPI melaporkan lelaki tersebut yang dikenal pasti sebagai seorang pereka aplikasi Videoshop, Joseph Riquelme merakam detik dia menyerahkan sepucuk surat berupa hadiah Hari Krismas kepada ibu bapanya.
Surat tersebut merupakan surat daripada bank yang memaklumkan bahawa pinjaman rumah yang dibuat oleh pasangan suami isteri itu telah dilunaskan.
Ibu Riquelme kelihatan menangis ketika membaca surat tersebut dan dia kemudian menyerahkan surat itu untuk dibaca oleh suaminya.
Air mata bapa pereka aplikasi tersebut turut kelihatan mengalir selepas membaca surat berkenaan.
Video tersebut bertajuk Merry Christmas ditonton lebih 240,000 kali pada hari pertama ia dimuat naik di YouTube.