Cucunya Mohd. Rezainudden, 38, berkata, Neng Yatimah, 91, ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Khoo Teck Phuat, Singapura sejak Rabu dan hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan sahaja ketika ini.
"Nenek saya diserang strok ketika sampai di Johor Baharu dari Kuala Lumpur petang semalam (Rabu) ketika pulang menziarahi kematian arwah ayah. Nenek kemudiannya terus dimasukkan ke Hospital Khoo Teck Phuat pada malam semalam juga.
"Dia kini berada dalam keadaan yang sangat kritikal dan saya dimaklumkan dia hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Khamis.
Dalam pada itu, Rezainuddin berkata, neneknya itu berada dalam keadaan sihat sepanjang berada di Kuala Lumpur.
"Dia datang pada upacara pengebumian tetapi tidak dapat jumpa jenazah, namun dia bermalam selama dua hari bagi menghadiri majlis tahlil arwah.
"Ketika berada di sini selama dua hari kesihatan dia baik dan hanya batuk-batuk biasa sahaja," ujarnya.
Jelas Rezainuddin, dia masih belum berkempatan untuk menziarahi neneknya itu kerana menguruskan beberapa hal berkaitan kematian bapanya yang belum selesai.
Neng Yatimah atau nama sebenarnya Buntat Ahmad merupakan seorang seniwati filem Melayu tahun 1950-an dan 1960-an yang terkenal sebagai seorang pelakon air mata.
Filem-filem lakonan beliau antaranya Air Mata Duyung, Jiran Sekampung, Laila Majnun, Seri Mersing dan Rachun Dunia.
Pada tahun 2007, beliu turut menerima anugerah Pelakon Veteran di Festival Filem Malaysia ke-13 (1997).
Anak beliau iaitu Roseyatimah telah meninggal dunia akibat kanser payudara pada 1987 dan pada isnin lalu, menantunya pula, Mustapha Maarof mengehembuskan nafas terakhir akibat jangkitan paru-paru.
Jenazah Allahyarham dikebumikan bersebelahan pusara Roseyatimah di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment