Gambar majlis akad nikah pasangan remaja, Muhd. Muaz Mislan dengan Nur Izzati Amiera Ishak yang dimuat naik oleh pasangan itu di laman sosial Facebook mereka, semalam. |
Difahamkan, pasangan terbabit, Muhd. Muaz Mislan, 15, dan Nur Izzati Amiera Ishak, 17, dinikahkan pada 30 November lalu selepas mendapat persetujuan daripada keluarga kedua-dua belah pihak.
Muhd. Muaz dalam satu entri di laman sosial Facebook miliknya sehari selepas majlis tersebut menafikan perkahwinan pada usia muda itu disebabkan mahu menutup perkara-perkara negatif, sebaliknya atas dasar keluarga.
“Asal (apabila) kahwin muda sahaja mesti orang cakap macam-macam, benda itu Muaz dah ‘prepare’ awal sebenarnya. Perkahwinan Muhd. Muaz bukan atas dasar sebab bunting ke, dia nak mati ke (atau) apa benda semua la (lain-lain hal) tetapi atas dasar keluarga,” katanya seperti dipetik dalam entri Facebook miliknya di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment