Wednesday, December 17, 2014

Robin Williams topik carian tertinggi Google, MH370 keempat

GAMBAR fail bertarikh 27 Mac, 2010, pelakon Robin Williams berucap pada penyampaian anugerah American Cinematheque di California. - Foto AP
SELASA, 16 DISEMBER 2014 @ 6:15 PM

SAN FRANCISCO: Berita kematian Robin Williams mencetuskan fenomena di seluruh dunia apabila menjadi topik carian paling tertinggi menerusi enjin carian Google, demikian menurut laman web gergasi itu, hari ini.
"Kehilangan pelawak dan pelakon tercinta, Robin Williams mengejutkan dunia menyebabkan ramai masyarakat dalam talian untuk mencari maklumat lanjut dan untuk memperingatinya, menjadikan Williams nombor satu dalam trend carta global kami," kata Naib Presiden Carian Google, Amit Singhal.
"Terdapat juga satu carian berkaitan ujian kemurungan dan kesihatan mental selepas kematiannya," katanya.
Williams yang terkenal sebagai seorang aktor yang bertenaga dan pelawak, ditemui mati pada 11 Ogos di rumahnya di Daerah Marin, utara San Francisco.
Menurut anggota penyiasat, beliau didapati menggantung dirinya sendiri.
Terdapat juga tanda-tanda bahawa pelakon komik yang berusia 63 tahun itu - yang disahkan menghidap penyakit Parkinson - cuba memotong pergelangan tangan kirinya, menurut laporan bedah siasat.
Williams, pemenang Oscar dan seorang veteran filem, mempunyai rancangan sendiri dan membintangi drama bersiri adalah seorang penghibur paling popular Hollywood dan pemergiannya meninggalkan kesan mendalam kepada emosi masyarakat seluruh dunia.
Sementara itu, demam bola sepak Piala Dunia berada pada kedudukan kedua trend carian paling tertinggi di Google.
"Piala Dunia di Brazil mempunyai perkongsian sama rata mengenai detik-detik yang tidak dapat dilupakan dan menjadikan semua penduduk di seluruh dunia melekat di kaca televisyen dan telefon bimbit masing-masing sepanjang musim panas lalu," katanya.
"Daripada gigitan Luis Suarez menjadi trend di seluruh dunia, dengan prestasi ala Superman Tim Howard ketika menentang Belgium, jangkaan luar biasa Jerman untuk merebut kejuaraannya buat kali keempat, semuanya menjadikan kejohanan itu turut mengungguli carta pencarian."
Virus maut Ebola dan tragedi kehilangan pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) pula masing-masing menjadi topik carian pada kedudukan ketiga dan keempat, diikuti oleh "Cabaran ALS Ice Bucket" iaitu berendam dalam ketulan ais untuk mencari dana bagi penyakit "Lou Gehrig".
Manakala baki 10 carian tertinggi di Google tahun ini adalah permainan mudah alih Flappy Bird, kisah ratu drag Conchita Wurst, kumpulan pengganas Negara Islam (IS), filem animasi pecah panggung Frozen dan Temasya Sukan Olimpik Sochi.
"Ia adalah tahun di mana kita dikejutkan dengan pemergian pelawak tercinta dan melihat berita mengenai nahas kapal terbang yang ngeri serta penularan penyakit yang menakutkan," kata Singhal.
Sementara itu, model iPhone terbaru, iPhone 6 menjadi trend carian paling teratas bagi segmen elektronik manakala bintang filem Hunger Games, Jennifer Lawrence berada pada tangga teratas dalam carian pertanyaan mengenai individu. - AFP

No comments:

Post a Comment