WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mahu melihat lebih ramai anggota polis memakai kamera badan semasa bertugas bagi mengelak sebarang kontroversi seperti kejadian seorang remaja berusia 18 tahun, Michael Brown yang ditembak mati dipercayai dalam keadaan tidak bersenjata.
Berikutan itu, Obama mencadangkan pakej perbelanjaan tiga tahun berjumlah AS$263 juta (RM901.6 juta) untuk meningkatkan penggunaan kamera badan, meluaskan latihan anggota polis dan menyalurkan sumber tambahan bagi penambahbaikan jabatan polis.
Pakej berkenaan termasuk sejumlah AS$75 juta (RM257.1 juta) bagi membeli 50,000 unit kamera kecil untuk merakam tindak tanduk anggota polis semasa bertugas dengan separuh kos tersebut dibiayai oleh pentadbiran negeri dan tempatan.
Biro Siasatan Persekutuan menganggarkan terdapat hampir 700,000 anggota polis di AS pada tahun 2011.
Mengulas saranan Obama, White House menyatakan kamera tersebut dapat membantu mengurangkan jurang ketidakyakinan orang ramai terhadap polis.
Selain itu, usaha tersebut juga dapat membantu menyelesaikan pertikaian seperti yang berlaku dalam kes seorang anggota polis kulit putih menembak mati Brown pada Ogos lalu. Orang ramai berang apabila juri mahkamah membebaskan anggota polis itu, Darren Wilson setelah memutuskan dia tidak bersalah dalam kes tersebut.
– AP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1203&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3KmoaHelO
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment