Monday, January 19, 2015

Peguam akan cabar cubaan ekstradisi Sirul

malaysiakini


Sekiranya kerajaan Malaysia mahu memfailkan permohonan untuk mengekstradisi Sirul Azhar Umar, pasukan peguamnya akan memfailkan sama di Kuala Lumpur untuk mencabarnya.

Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin (bawah) berkata tindakan itu dibuat kerana permohonan itu bertentangan dengan perjanjian ekstradisi.

"Jika kerajaan Malaysia memfailkan ekstradisi, kami akan failkan permohonan mencabar di sini.

"Ia boleh dilakukan melalui saman kerana perkara itu akan melanggar perjanjian (ekstradisi) yang menetapkan individu berdepan hukuman mati tidak boleh diekstradisi," katanya.

Minggu lalu, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati kepada Sirul dan Azilah Hadri kerana membunuh wanita Mongollia Altantuya Shaariibuu.

Mahkamah itu juga mengeluarkan waran menahan terhadap Sirul.

Bagaimanapun, dilaporkan undang-undang Australia tidak membenarkan pihak yang berdepan dengan hukuman mati tidak dihantar pulang ke negara asal.

No comments:

Post a Comment