PUTERI DIANA |
LONDON 12 Jan. – Sebuah persembahan teater bertajuk Truth, Lies, Diana mendakwa, Puteri Diana sedang mengandung ketika terlibat dalam nahas jalan raya yang mengorbankannya pada tahun 1997 di Paris.
Laman web Mirror.co.uk melaporkan, persembahan teater terbitan West End Theatre yang akan ditayangkan Rabu ini turut mendedahkan, Putera Philip mempunyai banyak hubungan sulit dengan wanita lain.
Penulis dan pengarah teater berkenaan, Jon Conway berkata, dia tidak pernah rasa menyesal dengan pendedahan tersebut dalam seni persembahannya.
“Saya rasa penting untuk masyarakat mengetahui cerita sebenar kejadian kerana ramai orang tidak mahu memperkatakan tentangnya,” jelasnya.
Jalan cerita teater Truth, Lies, Diana dihasilkan oleh Conway selepas menjalankan kaji selidik dan temu bual bersama pakar penyiasat, bekas kekasih Puteri Diana, James Hewitt termasuk pembantu rumah, Paul Burrell.
Selain itu, Conway turut mengadakan temu bual bersama pelakon Piers Morgan, Mohammed Al Fayed dan beberapa orang kerabat diraja Britain.
Jalan cerita teater berkenaan tidak meletakkan Puteri Diana sebagai watak utama, namun peranan itu dipegang oleh seorang wartawan dikenali sebagai Ray yang menceritakan tentang kematian Puteri Diana bersama kekasihnya Dodi al-Fayed pada tahun 1997.
No comments:
Post a Comment