Sunday, January 18, 2015

Wajah suspek jadi sasaran latihan menembak


Tallahassee: Kaedah latihan menembak Jabatan Polis Florida dipersoalkan selepas mereka didapati menggunakan imej wajah lelaki buruan - termasuk satu deretan semuanya berkulit hitam - sebagai sasaran.
Amalan itu terdedah ketika anggota Pengawal Kebangsaan Florida, Sarjan Valerie Deant dan beberapa rakannya menjalani latihan di tempat itu Disember tahun lalu.
Menurut laporan NBC Florida Selatan, Valerie dan rakannya menemui gambar dengan kesan enam lubang peluru ditinggalkan anggota Jabatan Polis Miami Beach.
Semua imej itu terdiri daripada gambar wajah suspek berkulit hitam.
Lebih memeranjatkan, Valerie mendapati satu daripada gambar itu wajah adiknya, Woody Deant, yang diambil lebih sedekad lalu.
Ketika itu Deant berusia 18 tahun.
Penemuan itu kemudian dimaklumkan kepada Deant yang sangat berang dengan tindakan jabatan polis terbabit.
“Kini mereka menggunakan saya sebagai sasaran menembak? Saya langsung tidak menjalani kehidupan seperti apa yang mereka gambarkan. Saya seorang bapa, suami dan lelaki berkerjaya,” katanya.
Ketua Polis Miami Beach Utara, J Scott Dennis berkata, walaupun mereka boleh menggunakan imej lain, namun tiada sebarang polisi jabatan dilanggar.
“Dasar ini diteruskan. Kami tetap menggunakan wajah suspek sebagai sasaran latihan menembak kerana ia penting.
“Anggota polis terbabit tidak dikenakan tindakan disiplin,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 January 2015 @ 5:05 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24482#sthash.EDbnJ5Vq.dpuf

No comments:

Post a Comment