WASHINGTON 17 Jan. – Parti Demokrat mempertahankan pelantikan seorang ahli Kongres beragama Islam menyertai Jawatankuasa Perisikan Dewan Amerika Syarikat (AS), selepas satu bantahan tercetus di media sosial, menyatakan langkah itu adalah berbahaya.
Pemimpin Dewan Perwakilan Amerika, Nancy Pelosi melantik perwakilan dari Indiana, Andre Carson dalam panel itu yang menyelia jabatan risikan kerajaan dan aktivitinya.
Kebanyakan urusan dikendalikan panel itu adalah sulit.
Bantahan anti-Islam tercetus di laman Twitter dan beberapa media sosial antaranya menyatakan, tindakan mendedahkan rahsia penduduk Amerika kepada Andre amat berbahaya.
Bagaimanapun, Parti Demokrat menolak andaian tersebut dengan Pelosi menyifatkan Andre ialah satu-satunya ahli Kongres yang pernah berkhidmat di Pusat Perpaduan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri yang menyediakan perkongsian risikan dan latihan di semua peringkat dalam kerajaan.
Andre juga berkhidmat dalam Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata.
Seorang anggota kanan Parti Demokrat dalam panel itu, Adam Shariff menyifatkan bantahan itu sebagai ‘tidak Amerika’.
Katanya, orang Islam Amerika dalam isu-isu dasar awam adalah ‘satu elemen penting untuk mengelak jenis pengasingan yang menjadikan golongan muda Islam Eropah terdedah kepada aktiviti pelampau’. – AGENSI
No comments:
Post a Comment