PUTRAJAYA – Anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Nooryana Najwa akan melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Daniyar Kessikbayev pada minggu ini.
Jurucakap dan wakil keluarga Perdana Menteri bagi majlis pertunangan dan pernikahan, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata,
majlis akad nikah akan berlangsung hari ini (19 Mac) di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini.
Jamil Khir yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menerusi satu kenyataan semalam berkata, upacara akad nikah akan disempurnakan sendiri oleh Najib.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3Umsru0Xd
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment