Sunday, March 15, 2015

Bekalan air di Lembah Klang hampir kritikal



Penduduk Lembah Klang dijangka mengalami gangguan bekalan air ekoran kadar rizab air terawat berada pada paras kurang 1 peratus sekarang.


KUALA LUMPUR – Proses penstrukturan industri bekalan air di Selangor yang tertangguh sejak 2008 di jangka memberi kesan buruk kepada kira-kira 7.6 juta penduduk di Lembah Klang apabila rizab bekalan air terawat sekarang berada pada paras kritikal iaitu kurang daripada 1 peratus sahaja.
Situasi itu berlaku berikutan jumlah permintaan semasa bekalan air ketika ini hampir 100 peratus daripada 4,661 juta liter air sehari yang dihasilkan oleh semua 34 loji rawatan air di Selangor.
Pengerusi Eksekutif, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail berkata, rizab bekalan air terawat untuk pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berada pada paras 0.72 peratus pada Januari lalu dan menurun kepada 0.68 peratus pada Februari.
Kadar selamat rizab air di Lembah Klang ialah 10 peratus daripada keseluruhan air terawat berkenaan.
Beliau berkata, keadaan itu menjadi bertambah buruk apabila rizab tersebut menjadi negatif semasa berlaku permintaan puncak terutama ketika cuaca panas.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0315&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3UOyrKjuL 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment