AFP
Beijing
Seorang pegawai kanan tentera laut China semalam mengakui republik itu sedang membina kapal pengangkut pesawat keduanya.
Pengakuan itu mengesahkan tindakan yang disyaki selama ini dan dilihat mampu memperkukuhkan kekuatan maritim Beijing.
Kolonel Liang Fang berkata: “China meraih pengalaman luas daripada kapal pertama, Liaoning dan kini mengambil langkah seterusnya.
“Kami mengimport kapal induk pertama dulu supaya dapat membina kapal sendiri satu hari nanti.
“Kini, seperti didedahkan media, kami sudah pun berjaya berbuat demikian.”
Dia yang juga profesor di Universiti Pertahanan Kebangsaan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) menjawab soalan pegawai kanan PLA yang meminta pengesahan mengenai pembinaan kapal terbabit.
Komennya dipetik daripada temu bual selepas sesi tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan.
Kapal induk pesawat pertama China dibeli dari Ukraine pada September 2012 dan dianggap menjadi bukti kekuatan ketenteraan Beijing yang semakin bertambah.
Minggu lalu, China mengumumkan lagi peningkatan dalam bajet ketenteraannya - juga yang terbesar di dunia - untuk 2015, ketika republik itu berdepan pelbagai pertikaian wilayah dengan beberapa negara jirannya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/36825#sthash.xmfhX4C9.dpuf
No comments:
Post a Comment