Sunday, March 15, 2015

Kedutaan AS di Arab Saudi gantung perkhidmatan


RIYADH: Kedutaan Amerika Syarikat di Arab Saudi menyatakan ia menggantung perkhidmatan konsular di negara itu selama dua hari berikutan "kebimbangan mengenai keselamatan" selepas amaran ancaman terhadap pekerja minyak Barat.
Menurut kenyataan di laman webnya, semua perkhidmatan di Riyadh dan konsulat di Jeddah dan Dhahran dibatalkan hari ini dan esok.
Kedutaan AS juga memberi amaran kepada warganya supaya mengambil langkah berjaga-jaga tambahan, terutama apabila berada di kawasan awam.
"Jabatan Negara menggesa rakyat AS menimbang risiko perjalanan ke Arab Saudi dan mengehadkan perjalanan dalam negara itu," menurut kenyataan itu.
Kelmarin, Kedutaan AS itu memberi amaran bahawa pekerja minyak Barat berhadapan risiko diserang atau diculik oleh kumpulan pengganas. - AFP

No comments:

Post a Comment