Bekas teman wanita rasa diri hodoh, tak selamat
Cristiano Ronaldo, Irina Shayk
"SAYA berasa hodoh dan tidak selamat bila berada di sampingnya", kata bekas teman wanita penyerang sensari, Real Madrid, Cristiano Ronaldo.

Menurut Irina Shayk yang juga model Rusia, Cristiano Ronaldo bukanlah manusia yang sempurna.

"Pada mulanya, saya fikir dia adalah lelaki yang sempurna, tetapi tidak... Saya berfikir seorang wanita berasa hodoh apabila dia mempunyai lelaki yang salah. Saya rasa hodoh dan tidak selamat bila bersama dengannya.

"Jika anda berada dalam hubungan, ia perlu menjadi baik.  Jika tidak, perpisahan adalah yang terbaik.

"Hubungan percintaan itu sukar, jadi seseorang itu mestilah jelas tentang jenis lelaki yang anda mahu berada disamping anda, nilai dan adakah ia penting dalam hidup anda ," katanya dipetik Goal.com

Menurutnya lagi, jika bercinta dengan seseorang, seseorang itu haruslah berjalan dalam arah yang sama dan melihat perkara yang sama. Kedua-dua mesti berkongsi konsep yang sama.

"Saya mahu orang yang setia dan jujur. Seorang lelaki yang tahu bagaimana untuk menghormati wanita. Saya tidak percaya dengan lelaki yang membuatkan kita jatuh dan tidak gembira kerana itu bukan tindakan seorang lelaki tetapi tindakan seorang kanak-kanak," katanya lagi.

Pasangan itu berpisah Januari lalu selepas menjalinkan hubungan cinta selama lima tahun.