MacBook terbaru keluaran Apple - Foto Reuters |
Ming Chi-Kuo dari KGI Securities meramalkan bahawa produk terbaru Apple tersebut hanya akan berjaya menjual 450,000 unit pada separuh pertama tahun ini.
"Walaupun ia kedengaran agak banyak, namun jika dilihat dari prestasi yang ditunjukkan syarikat itu dalam menjual berjuta-juta Mac setiap tahun ia adalah suatu jumlah yang sedikit," katanya dipetik Business Insider.
Menurutnya lagi, pelanggan kemungkinan enggan membeli keluaran terbaru ini kerana ia hanya dilengkapi satu port yang berfungsi sebagai USB, HDMI, VGA, Display Port, tempat pengecas.
“Bagaimanapun anda perlu mendapatkan penyesuai untuk mendapatkan menggunakan semua fungsi itu dalam satu masa,” katanya.
Selain itu, antara faktor lain ialah harga yang terlalu tinggi iaitu kira-kira RM4,795 iaitu jauh lebih mahal daripada MacBook Air.
"Faktor-faktor ini mungkin akan mempengaruhi belian terhadap produk ini, walaupun ia mungkin berubah pada masa hadapan," kata Steve Kovach yang juga dari KGI Securities.
Contohnya, semasa pelacaran MacBook Air's yang diperkenalkan pada tahun 2008, pada mulanya ia diramal tidak akan mendapat sambutan kerana harganya yang tinggi mahal dari MacBook Pro, tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini ia berkembang menjadi salah satu daripada komputer riba terbaik.
No comments:
Post a Comment