Seoul: Korea Utara kelmarin mengadakan ujian menembak tujuh misil jarak dekat di pesisir pantai timur.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/36824#sthash.zsBvUGz7.dpuf
Seorang pegawai Kementerian Pertahanan Korea Selatan semalam berkata, pihaknya percaya pemimpin Korea Utara, Kim Jung-Un turut menyaksikan ujian berkenaan.
Menurutnya, misil itu bagaimanapun jatuh ke laut.
“Kami percaya mereka mengadakan ujian menembak misil darat ke udara menggunakan pelbagai jenis misil dengan jarak paling jauh mencecah 200 kilometer,” kata pegawai itu.
Latihan itu diadakan sebaik Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan menamatkan satu daripada dua latihan tahunan ketenteraan berskala besar, ‘Key Resolve’ yang bermula awal bulan ini - Jumaat lalu.
Sementara itu, latihan ketenteraan lain dikenali sebagai ‘Foal Eagle’ akan bermula hari ini sehingga 24 April, menurut tentera AS.
Latihan itu menimbulkan kemarahan Korea Utara yang menganggapnya sebagai persediaan perang terhadapnya.
Korea Utara kerap menguji peluru berpandu bagi menunjukkan kekuatan pertahanan mereka ketika tentera AS dan Korea Selatan menjalani latihan setiap tahun.
Ia menembak dua misil jarak dekat pada hari pertama latihan berkenaan awal bulan ini sambil memberi amaran akan melakukan serangan tanpa belas kasihan terhadap Korea Utara dan AS.
Sementara itu, media Korea Utara melaporkan, Kim yang diiringi adik perempuannya Kim Yo Jong, mengadakan pemeriksaan unit tentera pulau di pantai timur negara itu, kelmarin. Bagaimanapun, ia tidak menyebut mengenai ujian misil itu. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Mac 2015 @ 5:20 AM
No comments:
Post a Comment