Kementerian Keadilan dan Keselamatan Belanda dalam kenyataannya berkata, pasukan penyiasat itu dihantar semula ke lokasi nahas yang masih belum disiasat ekoran situasi keselamatan yang tidak mengizinkan di kawasan itu, sebelum ini ekoran pertempuran antara kumpulan pemisah pro-Rusia dan tentera kerajaan.
Menurut kenyataan tersebut seperti yang dilaporkan portal berita India Today, pasukan penyiasat itu akan bekerjasama dengan Pertubuhan Kerjasama dan Keselamatan Eropah (OSCE), Perkhidmatan Kecemasan Ukraine, pihak berkuasa pekan Kharkiv dan beberapa perkampung­an lain bagi meneruskan siasatan.
Tambah kementerian itu, siasatan terbaharu itu akan meliputi kawasan di barat laut Petropavlivka, yang sebelum ini menjadi lokasi pertempuran antara kumpulan pemberontak pro-Rusia dan tentera Ukraine.
Pasukan siasatan tersebut dijangka menyiarkan laporan akhir berkenaan punca pesawat MH17 ditembak jatuh dalam tempoh setahun selepas kejadian.