Indonesian demonstrators prepare bags of coins to be handed to the Australian embassy during a protest in Jakarta on March 10, 2015. The demonstrators denounced Australian Prime Minister Tony Abbott for his statement to Indonesia reminding Jakarta of the aid Canberra had provided during the 2004 tsunami as Australia mounted a sustained diplomatic campaign to stop the execution of Australian drug smugglers Andrew Chan and Myuran Sukumaran from going ahead, but Indonesian President Joko Widodo has refused to change course. Chan and Sukumaran are awaiting execution by firing squad in Nusakambangan prison island. AFP PHOTO / ROMEO GACAD
JAKARTA 10 Mac. – Sekumpulan penduduk Indonesia yang mengadakan tunjuk perasaan di sini hari ini menyerahkan beberapa buah beg berisi wang syiling kepada Kedutaan Australia di sini untuk diserahkan kepada Perdana Menteri negara itu, Tony Abbott.
Kumpulan penunjuk perasaan itu berkata, mereka menyerahkan semula wang bantuan kemanusiaan Australia untuk mangsa tsunami di Aceh selepas Canberra cuba menggunakan isu tersebut untuk memberi tekanan ke atas Jakarta supaya tidak meneruskan pelaksanaan hukuman mati ke atas dua warga Australia.
Kumpulan penunjuk perasaan itu turut melaung-laungkan kata-kata: ‘Tutup mulut Abbott’ dan ‘Abbott mohon maaf’.
Mereka juga memijak-mijak poster Abbott dengan pita pelekat ditampal pada mulutnya.
Abbot pada bulan lalu berkata, Jakarta perlu menghargai bantuan bernilai AS$1 bilion (RM2.83 bilion) yang disumbangkan Australia bagi membantu mangsa tsunami pada 2004 yang mengorbankan kira-kira 220,000 orang.
Kenyataannya itu bertujuan memengenakan tekanan ke atas Jakarta supaya tidak melaksanakan hukuman mati ke dua penyeludup dadah warga Australia, Myuran Sukumaran, 33, dan Andrew Chan, 31, yang turut dikenali sebagai ahli kumpulan ‘Bali Nine’.
Bagaimanapun, tindakan Australia itu memakan diri dan mendapat tentangan hebat di Indonesia apabila beberapa kumpulan penunjuk perasaan mula berkempen untuk mengumpul wang syiling bagi membayar balik bantuan Australia kepada Indonesia sebelum ini.
Pada protes itu sekumpulan kira-kira 30 pelajar menyerahkan tujuh beg plastik mengandungi syiling dan wang kertas kepada seorang kakitangan kedutaan itu berjumlah kira-kira tujuh juta rupiah (RM1,518).
“Apa yang Abbott lakukan merupakan tindakan yang tidak bermartabat. Dia sepatutnya lebih bertamadun dan beradab.
“Kami tidak pernah meminta, tapi Australia yang tawarkan bantuan. Jika kami tahu ia tidak ikhlas, kami pasti menolaknya (bantuan itu),” kata salah seorang penunjuk perasaan. – AFP
No comments:
Post a Comment