Tuesday, April 21, 2015

Amerika salur bantuan kemanusiaan AS$18 juta kepada Ukraine

SELASA, 21 APRIL 2015 @ 9:02 AM

 WASHINGTON: Amerika Syarikat akan menghulurkan bantuan kepada Ukraine bernilai AS$18 juta dalam bentuk baucar makanan, tempat perlindungan, air bersih, kesihatan dan kumbahan khususnya di wilayah yang sedang bergolak memerangi kumpulan pemberontak pro-Russia. Rumah Putih berkata, Naib Presiden, Joe Biden sudah memaklumkan kepada Presiden Ukraine, Petro Poroshenko mengenai bantuan baharu AS itu menerusi panggilan telefon, hari ini. Kedua-dua pemimpin turut menyatakan sokongan dalam usaha yang dilakukan Pertubuhan Kerjasama Keselamatan Eropah bagi mewujudkan gencatan senjata di kawasan konflik di Ukraine. Mereka meminta Russia agar mematuhi perjanjian awal dan menghentikan sebarang pergerakan tentera negara itu di sepanjang sempadan Russia-Ukraine. - AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/48848

No comments:

Post a Comment