SELASA, 21 APRIL 2015 @ 4:58 PM
KAHERAH: Mahkamah Jenayah Mesir hari ini menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara terhadap bekas Presiden, Mohammed Morsi kerana pembabitannya dalam pembunuhan penunjuk perasaan pada 2012. Hukuman terhadap Morsi dan beberapa lagi defendan dalam kes ini terutama terdiri daripada pemimpin Ikhwanul Muslimin, dilakukan dalam pagar kaca yang kalis peluru di Akademi Polis Mesir. Hakim Ahmed Youssef bagaimanapun membebaskan Morsi daripada tuduhan membunuh dan berkata hukuman itu berkaitan penahanan secara paksaan yang dilakukan Morsi ketika era pemerintahannya. Sehubungan itu, Morsi dan 12 pemimpin Ikwanul serta beberapa penyokongnya termasuk Mohammed el-Beltagy dan Essam el-Erian turut dijatuhi hukuman penjara sehingga 20 tahun. - AP
MAHKAMAH Jenayah Mesir hari ini menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara terhadap bekas Presiden, Mohammed Morsi kerana pembabitannya dalam pembunuhan penunjuk perasaan pada 2012. - Foto
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/48889

No comments:
Post a Comment