Sedutan video yang dimuatnaik ke laman Youtube |
KEJUTAN seorang pesakit yang menderitai lumpuh menyebabkan seorang jururawat bercucuran air matanya.
Melalui sebuah video yang dimuatnaik ke laman YouTube pada 18 April, pesakit tersebut, Bailey dikatakan menghidap sakit lumpuh selama 11 hari tanpa diketahui puncanya.
Bailey yang kemudian sembuh bertindak merancang untuk mengejutkan seorang jururawat wanita yang telah menjaganya selama 11 hari.
Video berdurasi satu minit dan 12 saat berkenaan menyaksikan jururawat berkenaan hampir melompat dan menjerit kesukaan selepas Bailey bangun dari kerusi roda.
Mereka berdua kemudian berpelukan sambil jururawat berkenaan berkata "Terima kasih Tuhan" sambil bercucuran air mata.
Menurut ibu Bailey, penyakit yang melanda gadis berkenaan gagal dikenal pasti. Bailey sebelum ini lumpuh dari paras pinggang dan ke bawah.
Hampir tiga juta pelayar yang menonton video tersebut melahirkan rasa syukur dan terharu terhadap pengorbanan dan reaksi jururawat berkenaan.
"Jururawat ini sangat baik dan patut dicontohi," kata Technodreamer.
"Reaksi jururawat tersebut adalah reaksi seorang manusia yang berkorban terlalu banyak tapi tidak dihargai. Semoga petugas perubatan sentiasa dirahmati," kata Luke Piechowski.

No comments:
Post a Comment