Friday, April 24, 2015

Wanita lumpuh 30 tahun kerana doktor salah dignosis


ABBOTT bergambar bersama suami dan tiga anaknya selepas menerima rawatan penyakit sebenarnya.


MINNESOTA, Amerika Syarikat – Gara-gara salah diagnosis, seorang wanita hidup dalam keadaan lumpuh selama 30 tahun selepas diberitahu oleh doktor bahawa dia menghidap sindrom cerebral palsy.
Wanita tersebut, Jean Sharon Abbott, 38, dari Plymouth berkata, ketika berusia empat tahun, doktor yang memeriksa keadaan kesihatannya memberitahu, dia menghidap spastic diplegia iaitu sejenis cerebral palsy yang tidak boleh diubati.
Bagaimanapun, ketika berusia 33 tahun Abbott mendapat tahu bahawa dia sebenarnya menghidap dopa-responsive dystonia (DRD), iaitu sejenis gangguan otot yang pelik dan boleh dirawat.
“Secara jujur, saya tidak pernah ada prasangka negatif terhadap apa yang saya telah lalui,” ujar Abbott kepada Daily Mail Online.
Pakar neurologi baharu Abbott memberitahu, sebahagian besar daripada gejala DRD boleh sembuh dengan ubat yang dikenali sebagai L-Dopa dan simptom DRD sering dikelirukan dengan cerebral palsy.
Dia kini mampu mendaki gunung setinggi 1,600 meter selepas empat bulan memakan ubat L-Dopa itu. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0424&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3YB5SaqXf 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment