Foto bertarikh 11 Mac 2015 menunjukkan anggota para-militari National Guard berhimpun di Szczecin, Poland. - Foto AP |
Menurut AP, negara jiran Lithuania dan Latvia juga mula memberi pendidikan dan latihan atas tujuan yang sama.
Konflik di negara Barat-Rusia di Ukraine memaksa rakyat negara berhampiran mempelajari cara-cara menggunakan senjata dan melindungi diri dalam usaha memelihara kemerdekaan yang sedang dikecapi.
Poland yang hanya berjarak 17 jam pemanduan dari zon konflik juga menaik taraf senjata dan berkemungkinan membeli roket Tomahawk dari Amerika Syarikat.
Menteri Pertahanan, Tomasz Siemoniak mengalu-alukan lelaki dan wanita berumur antara 18 dan 50 tahun untuk menyertai latihan walaupun tidak mempunyai sebarang pengalaman ketenteraan.
"Kami perlu buat apa yang termampu untuk meningkatkan pertahanan Poland," kata Presiden Poland Bronislaw Komorowski.
Poland dibayangi pencerobohan berulangkali oleh Rusia pada tahun 1700-an.
No comments:
Post a Comment