Ahli keluarga Siti Zainab, salah seorang pembantu rumah yang dihukum mati memegang gambarnya di rumah mereka di Bangkalan, Jawa Timur. |
JAKARTA - INDONESIA . Kerajaan Indonesia akan menghentikan penghantaran pembantu rumah ke 12 negara Timur Tengah, susulan pelaksanaan hukuman mati terhadap dua wanita negara itu di Arab Saudi.
Menteri Tenaga Manusia, Hanif Dhakiri dalam laman web kementerian itu berkata, larangan akan dikenakan ke atas pekerja yang mahu bekerja untuk majikan individu atau keluarga, dan bukannya syarikat.
"Sebab paling penting adalah masih terdapat kekurangan peraturan standard di negara berkenaan menyebabkan pekerja Indonesia di pihak yang rugi. Mereka yang bekerja di Timur Tengah sering mendapat layanan buruk dan upah yang rendah," katanya.
Menurutnya lagi, antara negara terkesan dengan larangan itu termasuk Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Bahrain, Mesir dan Saudi yang juga merupakan destinasi utama bagi pembantu rumah Indonesia.
Hanif berkata, kerajaan mempunyai kuasa melarang penempatan di negara tertentu jika pekerjaan terbabit dianggap boleh menjatuhkan maruah seseorang dan negara.
Difahamkan, langkah itu adalah kekal. Namun, bagi pembantu rumah yang sedang bekerja di negara terlibat akan dibenarkan untuk terus tinggal dan meneruskan pekerjaan mereka. - dpa

No comments:
Post a Comment