Tuesday, June 30, 2015

Rancang beli jet SU-35

Jakarta: Tentera udara Indonesia merancang membeli jet pejuang Sukhoi SU-35 buatan Russia, sekali gus menjadi negara pertama di luar Russia menggunakan pesawat tempur canggih berkenaan.
Indonesia merancang membeli jet pejuang itu bagi menggantikan pesawat tempur F-5 Tiger buatan Amerika Syarikat (AS).
China juga meneliti untuk membeli pesawat tempur berkenaan bagi meningkatkan kekuatan udaranya susulan ketegangan di Laut China Selatan.
Tentera Udara Diraja Malaysia yang memiliki pesawat tempur Sukhoi SU-30 MKM dilaporkan turut merancang membeli SU-35.
Pada 2012, Venezuela hampir menandatangani kontrak dengan Russia untuk membeli SU-35, tetapi akhirnya memilih untuk mendapatkan SU-30.
Ketika ini hanya Russia menggunakan pesawat SU-35 yang berharga sekitar Rp844 bilion (RM240 juta) sebuah.
SU-35 diberi jolokan pembunuh di angkasa kerana memiliki kemampuan tempur dan pengendalian luar biasa.
Pesawat buatan Russia itu menerima permintaan tinggi dari banyak negara kerana harganya lebih murah berbanding pesawat tempur F-16 buatan AS.
Sementara itu, Duta Besar Russia ke Indonesia, Mikhail Galuzin berkata, beliau akan memberitahu perkara itu apabila perbincangan masuk ke tahap lebih serius.
Beliau juga enggan memberitahu bila keputusan pembelian itu akan dimuktamadkan dengan alasan ia masih dibincangkan di peringkat dalaman.
“Sejauh mana perbincangan berlangsung masih belum boleh didedahkan kepada awam.
“Bagaimanapun, perbincangan kedua-dua pihak sangat positif,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Jun 2015 @ 5:11 AM


SUKHOI SU-35
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/60515#sthash.rme433EY.dpuf

No comments:

Post a Comment