Friday, June 5, 2015

Hosni dibicara semula

Kaherah: Sebuah mahkamah rayuan di sini semalam membatalkan keputusan menggugurkan tuduhan membunuh terhadap bekas Presiden Hosni Mubarak.
Keputusan itu diambil selepas mahkamah menerima rayuan pendakwa raya yang mendesak keputusan oleh sebuah mahkamah lain sebelum ini, berkait dengan kematian ratusan penunjuk perasaan ketika kebangkitan rakyat pada 2011, dibatalkan.
Bagaimanapun, setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada keputusan itu turut membabitkan tujuh tertuduh lain, termasuk bekas Menteri Dalam Negeri Habib Al-Adlyu yang dibebaskan November lalu.
“Mahkamah menerima rayuan pendakwa raya dan menetapkan tarikh 5 November untuk membicarakan semula kes itu,” kata Hakim Anwar El-Gabry.
Sebuah mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas Hosni pada 2012 kerana dituduh bertanggungjawab ke atas kematian lebih 800 penunjuk perasaan pada 2011.
Bagaimanapun, sebuah mahkamah lain membatalkan keputusan itu atas alasan teknikal dan mengarahkan perbicaraan semula.
Mahkamah itu membatalkan tuduhan berkenaan pada November 2014.
Hosni memerintah Mesir selama 30 tahun sehingga digulingkan dalam kebangkitan demokrasi yang melanda negara Arab pada 2011.
Bekas presiden itu yang kini berusia 86 tahun dan sering sakit, ditahan di beberapa hospital selepas digulingkan.
Dia kini ditahan di sebuah hospital tentera di pinggir Kaherah.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2015 @ 6:50 AM


PENYOKONG Hosni yang berada di mahkamah di Kaherah mengecam hakim mahkamah rayuan yang membatalkan keputusan menggugurkan tuduhan membunuh terhadap bekas Presiden Mesir itu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55780#sthash.hJtJXFFW.dpuf

No comments:

Post a Comment