Friday, June 5, 2015

Dia masih isteri saya – Awie



SAAT-SAAT manis Awie (tiga dari kanan) dan Rozana (tiga dari kiri) bersama anak-anak mereka, Merrah (dua dari kiri), Rezzki (tengah) dan Qaseh (dua dari kanan) pada majlis cukur jambul Qaseh pada tahun 2010. Turut sama ialah Puteri Aleeya Antasha (kanan) dan Puteri Aleefa Antasha (kiri sekali) yang merupakan zuriat hasil perkahwinan Awie dengan bekas isterinya, Arni Nazira.


KUALA LUMPUR – Penyanyi rock terkenal tanah air, Awie mendakwa, Rozana Misbun, 36, masih lagi isterinya kerana dia tidak tahu menahu langsung mengenai dakwaan wanita itu yang berjaya mendapat fasakh secara taklik daripada Majlis Agama Islam Songkla, Thailand pada 1 November tahun lalu.
Awie atau nama sebenar­nya, Mohd. Azhar Othman, 47, berkata, dia sudah tidak percaya terhadap segala sandiwara yang sedang dimainkan oleh Rozana.
“Saya hairan apabila dia me­ngaku sudah bercerai dengan saya sedangkan sebelum ini dia sendiri mengeluarkan kenyataan tidak tahu di mana sepatutnya sijil perkahwinan kami dikeluarkan.
“Kalau dia memang mahu bercerai, kena ikut prosedur. Selesaikan apa yang patut dulu di mahkamah. Jangan sengaja mencari publisiti murahan untuk kepentingan sendiri. Saya tidak akan ceraikan dia selagi perbicaraan mahkamah kami masih belum selesai,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Semalam, Rozana mendakwa, permohonan mahu bercerai berjaya selepas pihak majlis agama Islam Thailand berpuas hati dengan keterangan serta bukti yang diberikannya ketika tragedi 2 Jun 2014, selepas di­belasah Awie.
Wanita itu turut meminta agar penyanyi itu mematuhi arahan mahkamah supaya menyerahkan anak sulung mereka, Putera Ahmad Merrah, 8, yang kini tinggal bersama penyanyi itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0605&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3c8LATP40 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment