Saturday, June 6, 2015

PAS Lulus Usul 'Bercerai' Dengan DAP


Diterbitkan: Sabtu, 6 Jun 2015 9:40 AM

KUALA SELANGOR: PAS meluluskan usul bagi memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik antara parti itu dengan sekutu mereka, DAP.
Menerusi penyataan usul berkenaan Dewan Ulama itu menuntut dan menggesa supaya PAS Pusat mempertegaskan kepada sekutu pakatan pembangkang supaya menghormati pendirian, polisi dan dasar parti masing-masing.
"PAS Pusat hendaklah tidak menggadaikan dasar perjuangan PAS demi mencapai matlamat dan kemenangan.
"PAS Pusat dan Majlis Syura hendaklah memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP, sebaliknya kekal bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Rakyat," demikian menurut usul yang diedarkan kepada media pada Sabtu.
Bagaimanapun usul Dewan Ulama PAS Pusat itu diluluskan tanpa bahas pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 di sini.
Menurut usul Dewan Ulama PAS Pusat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan DAP dibuat berikutan keretakan prinsip kerjasama antara sekutu pakatan pembangkang berikutan kenyataan dan tindakan pimpinan tettinggi DAP yang tidak menghormati prinsip 'bersetuju untuk tidak bersetuju'.
Selain itu, tindakan DAP memutuskan hubungan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang namun mahu kekal meneruskan kerjasama dengan PAS dianggap penghinaan terhadap Presiden PAS itu.

No comments:

Post a Comment