Saturday, June 6, 2015

Pemilihan Pas telus



Para perwakilan beratur untuk mengundi bagi pemilihan jawatan tertinggi Pas pada Muktamar Tahunan Pas ke-61 di Dewan Tertutup Kuala Selangor kelmarin.


KUALA SELANGOR – Dakwaan pemilihan Jawatankuasa Pas Pusat yang berlangsung kelmarin tidak telus disangkal oleh Jawatankuasa Pemilihan Pas yang mengendalikan proses pemilihan itu.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, proses pemilihan telah dilaksanakan secara telus dan tiada bantahan dibuat oleh mana-mana calon.
Menurutnya, semua wakil bagi setiap calon juga dibenarkan memantau dan melihat sendiri sepanjang proses pemilihan tersebut berlangsung.
“Tiada timbul isu tidak puas hati dalam kalangan calon berhubung keputusan pemilihan semalam (kelmarin),” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan portal berita yang melaporkan pencabar jawatan Presiden Pas, Ahmad Awang yang tewas mendakwa, kemenangan yang diperoleh barisan pimpinan baharu Pas diibaratkan sebagai ‘kemenangan palsu’.
Ia berikutan tindakan yang dibuat oleh sesetengah pihak yang mengeluarkan senarai calon kumpulan proulama dan Anwarinas untuk memberi panduan kepada para perwakilan membuat pemilihan ke­pimpinan.
Dalam pemilihan Jawatankuasa Pas Pusat sesi 2015-2017 kelmarin, Abdul Hadi mendapat 928 undi manakala Ahmad hanya memperoleh 233 undi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0606&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3cEDRUIco 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment