Wednesday, July 15, 2015

Polis tangkap ketua Umno bahagian


Ketua Umno Bahagian Bagan, Shaik Hussein Mydin telah ditahan oleh polis, demikian dilaporkan oleh Star Online.

Beliau ditahan oleh dua anggota polis pada jam 1.45 petang di luar balai polis Seberang Prai, ketika beliau mahu bercakap dengan pihak akhbar.

Sehingga jam 4.30 petang, difahami Shaik Hussein masih ditahan.

Tidak pasti mengapa Shaik Hussein ditangkap, tetapi dipercayai beliau mahu menyerah diri kepada pihak polis hari ini.

Star Online menspekulasikan bahawa penangkapannya mungkin ada kaitan dengan kritikan terhadap Ketua polis Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui mesej teks telefon.

Menurut New Straits Times, pembantunya berkata Shaik Hussein akan dibawa ke ibu pejabat polis di Bukit Aman untuk "siasatan lanjut".

Awal hari ini, Khalid memberitahu pemberita bahawa polis sedang mencari untuk menyoal siasat "ketua bahagian" sebuah parti politik. Beliau tidak menamakan orang itu.

No comments:

Post a Comment