Jurucakap Perkhidmatan pemantauan kumpulan pengganas, SITE Intelligence, memaklumkan video berdurasi selama sembilan minit itu secara terang-terangan mengutuk Washington, Paris dan negara Barat lain.
"Ia turut menyenaraikan AS sebagai negara pertama yang akan menjadi sasaran serangan terbaharu tersebut. Ancaman baharu itu didakwa dikeluarkan oleh pakar pembuat bom Aqap, Ibrahim al-Asiri," katanya.
Bagaimanapun, mereka tidak dapat mengesahkan sama ada surat ancaman itu ditulis sendiri oleh al-Asiri.
Jun lalu, Pengarah Risikan Kebangsaan, James Clapper menyifatkan Aqap sebagai elemen al-Qaeda yang paling patut dibimbangi kerana ia dilihat sebagai ancaman terbesar kepada AS ketika sidang keselamatan di Aspen, Colorado. - Press TV
No comments:
Post a Comment