Bagi menangani perkara itu, seorang lelaki Jepun Yukio Shige, 70, tampil mengabdikan hidupnya untuk membantu mengurangkan angka tersebut.
Memetik laporan Independent.UK melaporkan usaha Shige tidak sia-sia, apabila beliau berjaya menyelamatkan lebih 500 nyawa setakat ini.
Rutin harian
Setiap hari, Shige membuat rondaan di tebing sebuah laut yang bernama pinggiran Tojinbo (antara kawasan popular untuk bunuh diri), bersama-sama dengan tiga sukarelawan lain untuk melihat dan mendekati orang-orang yang dilihat mereka 'cenderung untuk membunuh diri' di Tojinbo.
Shige yang merupakan seorang bekas pesara polis, ketika diwawancara oleh sebuah akhbar Jepun memberitahu bahawa dia melakukan perkara itu kerana dia faham akan perasaan keluarga orang yang membunuh diri.
"Saya pernah mendapat panggilan telefon daripada seorang kawan, memberitahu saya bahawa seorang kawannya membunuh diri.
"Dia ceritakan mengenai perasaan keluarganya, saya sebak, apa yang saya dimaklumkan adalah orang yang membunuh diri itu dengan cara menyewa sebuah kereta dan memandu hingga menjunam ke dalam laut, saya sedih," katanya.
Oleh itu, ujarnya dia tidak mahu lagi melihat kesedihan yang berlaku ke atas kematian angkara membunuh diri.
"Saya telah melihat begitu banyak kesedihan. Saya tidak mahu lagi mendengar mengenainya," kata Shige.
Ajar bina kehidupan baharu
Dalam pada itu, Shige berkata, selepas dia berjaya memujuk orang yang ingin membunuh diri, dia dan rakan-rakannya membawa orang-orang itu ke pangsapurinya.
"Kami mengambil orang-orang tersebut, dan bawa mereka menginap di enam pangsapuri kami...supaya mereka dapat memperbaiki dan membina semula kehidupan mereka.
“Kami membantu mereka mendapatkan kehidupan mereka kembali," katanya.
Dek kerana kesungguhan dan sifat dedikasi Shige itu, dia menjadi sebutan ramai, sehingga digelar 'chotto matte man' yang bererti 'tahan, tunggu dulu.
No comments:
Post a Comment