Katanya yang dipetik laporan Malaysiakini, ini kerana jawatankuasa itu sedang menjalankan siasatan 1MDB yang menjadi isu besar kepada negara kini.

“Kalau boleh kita segerakan pembentukan semula jawatankuasa kira-kira wang negara sebab ini, bukan hanya pembentukan PAC tetapi jawatankuasa itu kini sedang berdepan dengan isu yang besar dan tidak boleh dilengahkan lagi," katanya dalam sidang media selepas meraikan majlis rumah terbuka Kementerian Beliau dan Sukan di Bukit Jalil.

Dua pegawai SPRM itu ialah Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob.
  
Sebelum ini, kedua-duanya dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri dan diminta melapor diri hari ini.
  
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam kenyataan hari ini membatalkan pertukaran tersebut setelah mereka memberi penjelasan mengenai tindakan mereka mengeluarkan kenyataan media sebelum ini.
  
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low berkata, beliau gembira perundingan itu berjalan dengan baik dan kedua-dua pegawai itu dikembalikan semula jawatan mereka.
  
Paul, yang bertanggungjawab dalam tadbir urus dan integriti, turut menegaskan tentang kepentingan melindungi kebebasan institusi seperti SPRM.