Saturday, August 8, 2015

'Polis jangan campur tangan dalam SPRM'


Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata polis tidak sepatutnya campur tangan dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas SRC International.

Katanya, polis sepatutnya bertindak dengan berhemah sekiranya mahu menyiasat mengenai dakwaan kebocoran maklumat SPRM.

“Jumpalah bos, bincang sahaja. Siasat cara tertib berhemah, jangan sampai terang-terang,” katanya

“Setiap agensi ada tugas masing-masing. Mesti diberi sepenuh kebebasan pada SPRM, polis, Bank Negara Malaysia, Peguam Negara.

“Jangan campur tangan. Apa hasil dari kerja mereka, sama ada baik atau tidak baik kita hendak tahu,” katanya.

Muhyiddin dipercayai dilucutkan jawatan dalam Kabinet disebabkan kritikannya ke atas 1MDB.

Bagaimanapun, beliau mengelak daripada menyebut nama syarikat pelaburan negara itu dalam ucapannya hari ini.

Malah, ketika beliau terpaksa menyebut nama firma tersebut, beliau akan bertanya kepada perwakilan: "Berkenaan, apa dia?", yang disambut dengan jawapan: "1MDB!"

"Anda yang sebut, tuan-tuan dan puan-puan, bukan saya,” kata Muhyiddin kembali.

Pihak polis setakat ini menyiasat tujuh orang pegawai SPRM dan dua individu berhubung kes kebocoran maklumat siasatan 1MDB.

Susulan itu, pengarah operasi khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zain bersumpah untuk mencari dalang yang mengeluarkan arahan terbabit.

[Baca berita asal]

No comments:

Post a Comment