PAGOH: Umno tidak lagi mampu berdiam diri terutamanya selepas timbul isu yang memberi kesan kepada negara ini.
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebagai tulang belakang kerajaan, tidak boleh terus berdiam kerana 'suasana politik yang suram' menjejaskan negara dan keyakinan pelabur.
"Rakyat, bukan sahaja penduduk tempatan tetapi mereka yang diluar negara bertanya apa yang sedang berlaku kepada Malaysia," katanya semasa berucap pada majlis mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Pagoh di sini, Sabtu.
Muhyiddin berkata beliau akan terus membangkitkan isu yang melanda negara ini kerana tidak mahu terus dibelenggu dosa, mengetahui sesuatu perkara tetapi tidak melakukan apa-apa.
"Jika kita membenarkan isu ini berterusan, ia tidak akan selesai atau keadaan menjadi lebih baik," katanya.
Beliau berkata, Umno perlu melakukan sesuatu dengan segera kerana berdasarkan suasana politik di negara ini, Umno akan tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.
"Apa yang anda boleh lakukan jika anda tidak lagi dalam kerajaan, sebaliknya menjadi pembangkang.
"Sebagai pengarah pilihan raya Barisan Nasional (BN) yang melalui 18 pilihan raya kecil dan PRU yang sukar, saya tahu kita akan tewas jika tiada apa dilakukan untuk membetulkan keadaan dengan segera," katanya.
No comments:
Post a Comment