Saturday, August 22, 2015

Tiga sebab suntikan dana RM2.6 bilion

Batu Pahat: Kesungguhan Malaysia mengekang keganasan dan berpegang teguh kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah antara tiga sebab penderma dari Timur Tengah menyuntik sumbangan buat dana politik UMNO.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, berkata Malaysia yang juga Islam sederhana yang mempunyai masyarakat majmuk turut dilihat punca sumbangan dilakukan.
Katanya, isu sumbangan derma RM2.6 bilion ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disahkan sebagai dana politik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Katanya, penderma dana dari Arab Saudi itu mempunyai tiga sebab untuk menderma dana berkenaan kepada UMNO melalui akaun bank presidennya.
"Pertama Malaysia yang diterajui UMNO dan Barisan Nasional mempunyai undang-undang mengekang keganasan kumpulan militan Negara Islam Syria dan Iraq (Isis),
"Kedua UMNO yang diterajui Perdana Menteri memperjuangkan Islam dan mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Dan yang ketiga derma itu sebagai mengiktiraf Malaysia sebuah negara sederhana yang menjalankan hukum Islam biarpun terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum," katanya berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading, Batu Pahat, di sini, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Ogos 2015 @ 1:39 PM


ZAHID menerima cenderahati daripada Ketua UMNO Bahagian Sri Gading, Datuk Aziz Kaprawi (kiri) selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading di Dewan Orang Ramai Parit Raja, Batu Pahat. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72284#sthash.SO8oNQj4.dpuf

No comments:

Post a Comment