Sunday, September 6, 2015

Lelaki paling kenit meninggal dunia

Kathmandu: Lelaki paling kenit dalam sejarah meninggal dunia kelmarin pada usia 75 tahun.
Chandra Dangi dari Nepal yang hanya setinggi kira-kira 55 sentimeter diisytiharkan manusia paling kenit pernah didaftarkan, pada 2012.
Dia meninggal dunia di Pusat Perubatan Lyndon B Johnson Tropical di Pago Pago, Samoa Amerika di Pasifik selepas demam selama beberapa hari.
Jurucakap hospital berkata, Dangi mati akibat sakit yang tidak diketahui. Bagaimanapun, dia dipercayai menghidap radang paru-paru, lapor akhbar Kathmandu Post.
Dia sebelum ini dirawat di Nepal.
Bagaimanapun, dia berlepas ke Samoa Amerika untuk menghadiri satu majlis.
Dia dimasukkan ke hospital berkenaan apabila keadaannya semakin teruk.
Dangi popular di kampungnya selepas gelaran lelaki paling kenit membolehkannya menjelajah dunia dan meraih pendapatan untuk Reemkholi, kampungnya yang terletak kira-kira 335 kilometer ke barat daya Kathmandu.
Sebelum Dangi, orang paling kenit pernah didaftarkan ialah Gul Mohammed dari New Delhi yang setinggi 57 sentimeter dan meninggal dunia pada usia 40 tahun pada 1997. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 September 2015 @ 5:04 AM


Dangi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75551#sthash.JDuMmFKp.dpuf

No comments:

Post a Comment