MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
Bajet 2016 Bajet 2016
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Bajet 2016 yang dibentangkan semalam sebagai bajet untuk menutup skandal.
Tanpa menjelaskan lebih lanjut mengenai apa yang disebut sebagai ‘tutup skandal’ itu, beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak prihatin dengan kesengsaraan rakyat akibat GST.
“Perdana Menteri hanya memberikan ‘pemberian’ tertentu dalam bajet kali ini tetapi tidak menyelesaikan masalah GST.
“GST perlu dihapuskan kerana tidak memberikan impak besar kepada ekonomi negara,” katanya.
Menurutnya, Najib juga tidak mengumumkan langkah untuk memperkukuhkan ringgit.
“Nilai ringgit masih rendah. Bolehkah ia kembali kepada RM3.60?” soalnya.
Katanya lagi, apa yang dibayar oleh rakyat kepada kerajaan adalah lebih tinggi berbanding apa yang diberikan kembali oleh kerajaan.
No comments:
Post a Comment