Friday, October 23, 2015

Mujur ada GST,' kata Najib


FATHIN ATHIRAH HASLI
GST

23 OKTOBER 2015
GST

KUALA LUMPUR - "Mujur ada GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan), kalau GST tidak ada, kerajaan terpaksa meminjam dan membuat hutang untuk membayar gaji penjawat awam," demikian ujar Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pembentangan Bajet 2016 pada sidang Dewan Rakyat di Parlimen di sini, hari ini

Menurut pemimpin negara itu lagi, tanpa pelaksanaan GST, hasil negara juga akan berkurangan sebanyak RM21 bilion sepanjang tahun.

"Kalaulah kita kekal dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kutipan hanyalah sekadar RM18 bilion berbanding GST iaitu sebanyak RM39 bilion.

"Akibatnya, defisit negara akan meningkat kepada 4.8 peratus dan bukan lagi 3.1 peratus seperti yang disasarkan pada tahun 2016.

"Andai kata ini berlaku, kerajaan terpaksa meminjam untuk membayar gaji penjawat awam, penarafan kredit negara pula akan diturunkan dan kos pinjaman untuk semua seperti pinjaman peribadi, pinjaman perumahan dan perniagaan pasti akan meningkat," katanya.

No comments:

Post a Comment