Wednesday, December 9, 2015

Kereta Proton naik harga tahun depan



RAKYAT Malaysia terpaksa membeli semua harga kereta Proton termasuk jenis Suprima S pada harga yang lebih mahal selepas ini.


KUALA LUMPUR – Proton Holdings Bhd. mempertimbangkan untuk menaikkan harga kereta keluarannya mulai Januari 2016 disebabkan kelemahan ringgit.
Dalam satu kenyataan semalam, pengeluar kereta nasional itu berkata, kenaikan harga tersebut dilihat sebagai situasi industri yang ia perlu dinaikkan untuk mengimbangi kesan ringgit yang rendah.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata, keba­nyakan daripada bahan mentah syarikat itu iaitu komponen kenderaan dibeli dalam mata wang asing.
“Penyusutan ringgit memberi kesan kepada kos operasi syarikat dan keseluruhan rantaian ekosistem daripada vendor kepada kami,” katanya kepada Bernama di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1209&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3tm5iY7Is 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment