Wednesday, December 9, 2015

Trump biadab


AFP - PENYOKONG Trump bersorak ketika beliau berucap pada perhimpunan Hari Pearl Harbor di Carolina Selatan, AS kelmarin.


WASHINGTON – Pendahulu senarai pencalonan Parti Republikan untuk jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kelmarin menggesa agar orang Islam dilarang daripada memasuki AS.
Kenyataan Trump itu merupakan jawapan paling keras oleh bakal calon pilihan raya Presiden 2016 berhubung insiden tembakan rambang oleh dua individu Islam di San Bernardino, California pada minggu lalu.
“Kita tiada pilihan,” kata Trump pada satu perhimpunan di Carolina Selatan kelmarin.
Beliau memberi amaran bahawa sera­ngan dahsyat ke atas AS seperti yang berlaku pada 11 September 2001 akan berulang jika langkah tegas tidak dilaksanakan.
“Sehingga kita dapat mengenal pasti dan memahami masalah ini serta ancaman berbahaya yang dibawa, negara kita tidak boleh menjadi mangsa serangan kejam oleh mereka yang hanya percaya kepada jihad dan langsung tidak menghormati nyawa manusia,” kata Trump.
Pengurus kempen politik Trump, Corey Lewandowski ditanya melalui e-mel sama ada larangan itu khusus untuk imigran atau turut melibatkan visa pelajar, pelancong dan pelawat Islam lain yang ke AS.
“Larangan ini untuk setiap orang Islam,” jawabnya.
Trump, 69, mengeluarkan kenyataan kontroversi itu susulan tragedi pembunuhan beramai-ramai di San Bernardino, California oleh pasangan suami isteri beragama Islam, Syed Rizwan Farook dan isterinya Tashfeen Malik yang menyebabkan sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh.
– Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1209&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3tm1T5eiz 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment