Menurut Presiden Suruhanjaya Pilihan Raya, Osama al-Bar, calon-calon terbabit ialah Salma Hizab al-Oteibi (kerusi majlis perbandaran Mekah), Lamy Abdelaziz dan Rasha Hefzy yang memenangi kerusi majlis perbandaran di barat daerah Jeddah.
Walaupun ini hanya pilihan raya kecil bagi memilih perwakilan di majlis perbandaran, namun ia me­rupakan satu peristiwa penting bagi wanita Arab Saudi.
Arab Saudi mengamalkan mo­narki mutlak dengan beberapa sekatan ketat dikenakan ke atas wanita termasuk larangan memandu.
Keputusan membenarkan wa­nita mengambil bahagian pada pilihan raya majlis perbandaran dibuat oleh almarhum Raja Abdullah dan ia dilihat sebagai satu bahagian penting dalam sejarah pemerintahannya.
Seramai 978 calon wanita men­daftar sebagai calon, bersama-sama 5,938 calon lelaki untuk bertanding merebut kerusi majlis perbandaran di Arab Saudi.
Bagaimanapun calon wanita ha­nya dibenarkan menjalankan kempen dari belakang tabir atau diwa­kili seorang lelaki.
Kira-kira 130,000 wanita Arab Saudi di Mekah telah mendaftar untuk mengundi dalam pilihan raya berkenaan.
Namun angka tersebut masih rendah berbanding jumlah pe­ngundi lelaki seramai 1.35 juta orang. – AFP/ Agensi