Sunday, August 9, 2015

Henti Desak Muhyiddin Letak Jawatan - Shahrizat


Diterbitkan: Sabtu, 8 Ogos 2015 9:05 PM
 Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Shahrizat Abdul Jalil.

BERA: Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada Sabtu, meminta segelintir anggota parti supaya berhenti mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai timbalan presiden. 
Katanya, tindakan Muhyiddin untuk kekal menjawat jawatan itu juga tidak melanggar undang-undang mahupun peraturan parti. 
"Pada saya, beri sokongan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden dan Muhyiddin sebagai timbalan presiden juga perlu beri sokongan sebagai satu pasukan. 
"Tak payah suruh letak jawatan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Bera di Kompleks Rakan Muda Bera di sini, Sabtu.
Turut hadir Ketua Umno Bahagian Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; Ketua Wanita Umno Bera, Zanariah Sahadan; Ketua Pemuda Umno Bera, Mohd Zoolihsan Ahmad dan Ketua Puteri Umno Bera, Salmiah Abdul Rahman.  
Shahrizat mengulas kenyataan Muhyiddin yang menegaskan tidak akan meletak jawatan meskipun ada desakan daripada ketua bahagian parti supaya beliau berbuat demikian.  
Berhubung perkara ini, Shahrizat berkata, isu ini bukan perkara baharu dan beliau berpandangan anggota Umno perlu memberikan ruang kepada kedua-dua tokoh itu dan tidak melayan desakan itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment