Bangkok: Thailand melaksanakan undang-undang mengharamkan pengkomersialan ibu tumpang oleh rakyat asing negara itu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/68892#sthash.uKzznGsz.dpuf
Associated Press (AP) melaporkan ramai pasangan dari seluruh dunia datang ke Thailand untuk perkhidmatan ibu tumpang kerana harganya murah dengan membayar seseorang wanita untuk mengandungkan anak, biasanya dengan memasukkan embrio ibu bapa kandung ke dalam rahim wanita berkenaan.
Kos di Thailand tidak sampai AS$50,000 (RM190,000) berbanding kira-kira AS$150,000 (RM570,000) di Amerika Syarikat.
Undang-undang baru itu yang berkuat kuasa bulan ini, melarang ibu tumpang memberi khidmat komersial kepada rakyat asing dan jika didapati bersalah boleh dihukum sehingga 10 tahun penjara dan denda sehingga 200,000 baht ($ 6,200).
Hanya pasangan heteroseksual Thailand yang berkahwin selama lebih tiga tahun boleh menggunakan ibu tumpang komersial.
Sementara itu menurut BBC, tahun lalu, industri ibu tumpang di Thailand menjadi perhatian apabila seorang bayi lelaki yang dilahirkan dengan sindrom Down oleh wanita negara itu ditinggalkan pasangan Australia yang ‘menyewa’ wanita berkenaan tetapi mengambil kakak kembarnya yang sihat.
Bayi lelaki itu yang dipanggil Baby Gammy, kini dipelihara ibu tumpangnya, Pattaramon Chanbua, 21. Bayi itu kemudian diberi kerakyatan Australia supaya dia boleh mendapat rawatan perubatan.
Kebimbangan mengenai industri ibu tumpang itu bertambah apabila seorang lelaki Jepun didapati menjadi bapa kepada lebih 12 bayi yang dilahirkan wanita ibu tumpang Thailand yang berbeza dan kes itu kemudian digelar ‘kilang bayi’. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Ogos 2015 @ 6:48 PM
No comments:
Post a Comment