Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir ketika mendedahkan perkara itu berkata, larangan itu dibuat Najib semasa mengadakan perjumpaan tertutup dengan semua Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri di kediaman rasminya di Kompleks Seri Perdana tiga hari selepas rombakan Kabinet tersebut dibuat.
Malah, kata Zambry, dalam pertemuan itu Perdana Menteri juga berkali-kali berpesan supaya semua pihak menghormati Muhyiddin yang masih merupakan Timbalan Presiden UMNO yang banyak berjasa kepada parti tersebut.
“Bila berlaku krisis itu, adalah suara-suara yang nak suruh Tan Sri Muhyiddin itu, ini. Pecatlah. Tapi Perdana Menteri (Najib) kata jangan.
“Sedangkan mungkin dari segi pentadbiran mereka ada masalah, jadi patutnya beliau (Najib) boleh cari macam-macam. Tapi tindakannya (Najib) lain, dia pesan supaya semua hormat kepada Muhyiddin kerana dia masih orang besar dalam parti dan juga bekas Timbalan Perdana Menteri,” katanya.